Cincin Batuan Permata Akik

Batuan permata akik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada warna , komposisi dan asal usulnya.

Batuan Permata Akik

Akik Yaman adalah batu akik yang paling terkenal berasal dari Yaman, dikenali juga sebagai Akik Merah Hati. Disebut sebagai merah hati kerana kerana mempunyai warna merah yang sama dengan hati. Batu akik ini sangat popular di gunakan sebagai cincin lelaki kerana dipercayai dapat melindungi pemakai daripada bahaya.

Batu Akik Hijau sangat popular kerana dikatakan banyak kebaikannya dalam membantu memulih keseimbangan mental dan mengurangkan tekanan. Salah satu batu akik berwarna hijau yang sangat terkenal ialah Akik Bacan yang bersal dari Indonesia.

Batu Akik Sulaiman mempunyai corak dan warna yang tersendiri seperti warna susu, coklat , kelabu dan putih.

Batu permata akik Yamen

Batu Permata Akik Yaman adalah batu permata cincin lelaki yang sangat terkenal, bernilai dan bermakna kepada orang yang mengetahui kelebihan dan kebaikan memakai yang di perbuat daripada batuan permata Akik Yaman.

Permata akik merupakan antara batuan tertua yang digayakan oleh manusia sebagai batuan perhiasan terutama oleh kaum lelaki. Kebiasaanya mereka yang mengetahui kelebihan batuan ini membawa batu akik Yaman dalam bentuk cincin, loket atau tasbih. Pemilik batu Akik Yaman lazimnya memakai batu permata ini dengan memastikan ia menyentuh bahagian kulit atau badan mereka supaya mendapat manafaat yang optimum daripada batuan ini.

Batuan Akik Yaman

Batuan akik yaman menjadi terkenal di seluruh pelusok dunia kerana mempunyai variasi warna yang pelbagai, menarik dan unik. Batuan ini dinamakan sebagai batu permata akik Yaman kerana batuan permata ini di lombong di di kawasan pergunungan Damar di daerah Sana iaitu dibahagian selatan Yaman.

Pengelasan Batu Permata Akik Yaman

Batuan Akik Yaman dengan dengan variasi warna yang berbeza dikelaskan dengan nama dan gelaran yang tersendiri. Batu permata yang paling popular kebiasaanya bewarna merah, putih, coklat dan biru.

Batu Akik Yaman

Batuan berwarna merah dikenali juga sebagai batu akik hati sangat terkenal dan dihargai di Negara seperti Kuwait, Qatar , UAE dan Oman. Batu ini mempunyai warna merah seperti hati di jumpai di negara Yaman dan mempunyai harga yang mahal dan sangat sukar untuk diperolehi.

Batu Permata Yaman Biru

Batuan ini bewarna biru hijau

Batu Akik Sulaiman

Batu akik Sulaiman adalah batu permata yang sangat di sukai, ia mempunyai warna putih, kuning coklat dan telus.

Batu Permata Akik

Batu permata akik dipercayai mempunyai banyak manafaat dan merupakan batuan yang sempurna dan paling popular dalam industri perhiasan lelaki dan wanita.

Cincin Akik

Cincin yang diperbuat daripada batu permata akik merupakan salah satu cincin yang tertua dan sangat diingini di seluruh dunia kerana dikatakan banyak kelebihan dan manafaatnya. Dikenali sebagai agate dalam bahasa English dan Giok di Indonesia. Nama akik adalah sempena nama sungai Achates di Itali, dimana kali pertama batuan ini dijumpai dan dihargai sebagai batu permata perhiasan.

Batu Akik Tiruan

Kerana permintaan yang sangat tinggi dan sumber pengeluaran yang terhad, terdapat banyak batu akik yang palsu dipasaran sekarang terutamanya batu Akik Yaman. Untuk Membezakan batuan sebenar dan sentetik secara visual adalah sangat sukar.

Ahli Gemologi pun perlu melakukan ujian beberapa peringkat untuk memastikan ketulenan sesuatu batu permata.

Geologi Batu Permata Akik

Terbentuk dalam keluarga kuarza dan mempunyai banyak varisai warna dengan warna yang paling popular ialah merah, hijau dan Sulaiman Akik.

Batuan yang bewarna merah biasanya di sebut sebagai Akik Yaman, tetapi perlu di ingat bukan semua batu akik yang berwarna merah berasal dari Yaman. Batu akik berwarna merah boleh di dapati di perbagai lokasi di seluruh dunia tetapi tidak mempunyai nilai, kualiti dan populariti sebaik batu akik yaman.

Batu Akik Bacan

Nama Batu Akik Bacan di ambil sempena nama Pulau Bacan Di Indonesia di mana batuan tersebut di temui. Batuan ini merupakan batuan permata hiasan yang sangat penting dan utama pada zaman kesultanan Indonesia pada zaman dahulu. Batu Akik Bacan di Indonesia terbahagi kepada beberapa nama tertentu dan dinamakan sempena tempat ia di temui.

Batu akik bacan Indonesia memiliki warna dan corak yang tersendiri dan unik serta mempunyai motif yang sangat indah menjadikanya sebagai salah satu batu permata perhiasan yang sangat bernilai tinggi. Dikatakan batu permata ini dapat memberikan ketenangan dan rasa nyaman kepada orag yang membawa atau memakainya.

Batu Akik Bacan Doko

Batu Akik Bacan Doko dinamakan sempena sempena nama desa doko dimana batuan tersebut di temui, batuan ini bewarna hijau bening hingga hijau gelap.

Batu Akik Bacan Palameo

Batu Akik Bacan Palameo sempena Desa Palameo di kepulauan Kajiruta Indonesia, batuan ini berwarna hijau muda kebiruan.


Batuan Permata Akik

Geologi Batu Akik

Batuan akik adalah formasi batuan yang terbentuk daripada kalsedon dan kuarza sebagai komponen utama. Batuan ini terbentuk dalam pelbagai warna yang menarik seperti putih, merah, kelabu , coklat, merah jambu , hitam dan kuning. Warna dan jalur yang berbeza yang terhasil dalam batuan akik disebabkan oleh komposisi air tanah yang berbeza yang mengisi ruang di antara mineral.

Jalur yang terbentuk akibat perbezaan komposisi kimia ini memberikan banyak corak dan warna yang indah serta menarik pada batuan akik menjadikannya sebagai batuan yang bernilai tinggi dan menjadi buruan ramai. Mempunyai kekerasan 7 pda skala Mohs menjadikanaya sebagai batuan yang sangat sesuai untuk dibentuk sebagai barang perhiasan seperti batu cincin dan loket.