Cincin Permata Amber
Kebanyakan batu permata yang bernilai tinggi adalah terdiri daripada batuan atau mineral, tetapi terdapat juga sebilangan bahan organik yang dianggap sebagai batuan bernilai berkualiti permata. Bahan organik ini terdiri daripada mutiara, tulang, amber, karang dan lain-lain.
Batu Permata Amber
Batuan ini merupakan bahan yang terhasil daripada organisma yang telah mengeras, boleh dipotong dalam bentuk yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan perhiasan.
Terdapat juga bahan organik yang telah di ganti atau diisi oleh bahan lain dan memelihara struktur asal organisma tersebut seperti buntat siput, karang , kayu membatu, fosil , tulang dinasor dan organisma fosil yang lain.
Batu Permata Amber
Pembentukan Batu Permata Amber
Amber merupakan permata organik yang terbentuk daripada resin pokok yang mengalami proses pempolimeran yang belaku dalam tempoh masa jutaan tahun.
Proses ini menyebabkan resin pokok menjadi keras dan mempunyai ketahanan fizikal seperti batu. Kadang kala terdapat serangga atau tumbuhan yang terperangkap di dalamnya dan terpelihara dengan sempurna. Resin pokok mempunyai aroma atau bau yang menarik perhatian serangga kecil seperti semut, lebah , lalat, labah-labah dan serrangga kecil yang lain.
Sifat resin yang melekit menyebabkan serangga yang tersentuhnya melekat dan terperangkap didalam resin tersebut dan akhir mengeras bersama membentuk batuan permata amber. Batuan Amber yang memerangkap serangga yang terpelihara dengan sempurna mempunyai nilai yang sangat tinggi.
Amber dianggap sebagai batu permata walaupun hakikat sebenarnya ialah resin pokok yang mengeras menjadi seperti batu.
Kegunaan Batu Amber
Pada awalnya amber digunakan dalam ramuan minyak wangi dan bahan campuran dalam ubat tradisional. Selaras dengan perubahan masa amber digunakan sebagai perhiasan terutama sebagi permata cincin permata cincin kerana mempunyai warna dan rupa yang indah.
Di percayai dapat membantu dalam proses mengurangkan tekanan dan ketakutan, membantu mengimbangi emosi dan menceriakan minda dengan melepaskan aura negatif.
Amber sangat dihargai oleh peminat batu permata kerana mempunyai warna dan keindahan semulajadi yang sangat mmpersonakan.
Amber mempunyai spesifik graviti yang sangat rendah dan merupakan permata yang paling ringan kemungkinan besar boleh terapung di air laut.
Harga Dan Nilai batu Amber
Harga batu permata amber ditentukan berdasar berdasarkan usia, kualiti, kejelasan serta kandungan fosil serangga yang terdapat di dalamnya.
Permata Amber biasanya bewarna kuning oren dan boleh juga menjadi oren merah. Permata Amber bewarna biru yang sangat unik dan misteri boleh didapati di Republik Domanica. Warna biru yang sangat unik dan misteri ini adalah disebabkan oleh pendaflour.