Cincin Permata Delima
Cincin permata adalah perhiasan yang telah digunakan oleh manusia beribu tahun dahulu. Kini, kami membawa kepada anda koleksi cincin permata yang indah dan unik untuk menambah kecantikan anda.
.
Batu Permata Delima
Batu Permata Delima adalah batuan permata perhiasan bewarna merah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Batu permata delima boleh ditemui berwarna merah jambu hingga merah darah. Warna merah terhasil kerana terdapat kandungan kromium dalam mineral batuan.
Batu permata delima sangat di hargai kerana kerana mempunyai kilauan kecantikan yang memukau, kekerasan dan ketahan yang sangat tinggi.
Delima bewarna merah merpati " Pigeon Blood" adalah sangat bernilai tinggi kepada pengemar dan pengumpul batu permata. Batuan delima yang berasal dari Burma merupakan permata delima yang terbaik di dunia. Batu permata delima burma yang sempurna boleh mencapai harga hingga jutaan USD.
Batuan ini juga dikenali sebagai batuan perlindungan serta meningkatkan semangat dan kebahagian dalam menjalani kehidupan seharian. Ada yang mempercayai batu permata delima dapat melindungi pemakai daripad aura negatif dan meningkatkan aura positif dan memperkayakan kesejahteraan secara optimum.
Dikatakan bahawa pahlawan china pada zaman dahulu menghiaskan baju besi mereka dengan batu permata delima kerana mereka percaya batu ini mempunyai aura perlindungan dan memberikan nasib yang baik.
Permata delima juga dihasilkan secara sintetik "Proses Vernuil" bermula dari tahun 1902. Delima sintetik sangat sukar untuk dibezakan dengan delima yang asli.