Cincin Permata Zamrud
Zamrud merupakan batuan permata berwarna hijau yang sangat menawan dan cantik, dalam keadaan tertentu harganya mengatasi harga berlian. Batuan permata zamrud mempunyai kekutan dan ketahanan yang tinggi menjadikan ia sangat bernilai kepada peminat batu permata perhiasan.
Batu Permata Zamrud
Permata Zamrud telah menjadi batuan perhiasan yang sangat diingini dan berharga sejak 5000 tahun dahulu. Tamadun terdahulu di Afrika, Asia dan Amerika Selatan menggangap pemilikan permata zamrud sebagai lambang ketinggian status sosial mereka.
Geologi batuan permata Zamrud
Warna hijau zamrud adalah disebabkan disebabkan kehadiran mineral kromiun dan vanadium dalam batuan tersebut. Warna hijau zamrud bervariasi daripada hijau kebiruan hingga kekuningan. Zamrud boleh didapati sebagai batuan igneus dan metamorf.
Mempunyai kekerasan 7.5 hingga 8 pada skala Mohs adalah kekerasan yang sangat sesuai untuk dibentuk sebagai batuan perhiasan yang bernilai dan bermutu tinggi.
Pengeluaran utama dunia batuan zamrud ialah Colombia, Brazil dan Zambia. Zamrud yang bermutu tinggi dengan yang hijau yang sangat sempurna boleh di dapati di Colombia.
Kepercayaan Terhadap Zamrud
Permata Zamrud sangat sesuai digunakan sebagai cincin pertunangan atau perkahwinan kerana batuan ini melambangkan ikatan yang utuh dan teguh.